Wednesday, September 03, 2008

Membetulkan kepalsuan sejarah

Sejarah sebenarnya tidak pernah menipu. Namun biasanya sejarah itu hanya ditulis oleh mereka yang menang. Mereka yang menang itulah yang mentafsirkan sejarah meskipun kadang-kala tersasar daripada hal yang sebenarnya.

Kalau sejarah Islam mengalami tafsiran berbeza, maka apatah lagi sejarah negara bangsa Malaysia yang baru mencecah 45 tahun dan merdekanya Tanah Melayu tanggal 31 Ogos 1957, 51tahun yang lalu.

Benar kalau dikatakan kita merdeka bukan dengan buluh runcing tapi di atas pena yang memutuskan terpisahnya belenggu ratusan tahun kuasa penjajah. Tetapi jalan merdeka itu tidak semudah disangka. Ranjau sepanjang jalan dan zaman dilalui para pejuang bangsa.
Tidak kira mereka itu kiri atau kanan, mereka adalah pejuang.
Biarpun ada hajat yang tidak kesampaian. Melayu Rayanya atau sampai dituduh bahaya dari Gunung,Ke hutan mereka lari, dituduh komunis, semua mereka adalah pejuang-pejuang tanah air ku.

31 Ogos tetap disambut, 16 September juga tetap disambut, kedua-duanya signifikan. Mengapa perlu bertelagah? Sebaliknya mampukah kita mempertahankannya, sehingga bila-bila selagi ada bulan dan bintang.

2 comments:

Anonymous said...

a'kum buat saudaraku Helmi
pena kita adalah pedang, namun pedang kita sendiri ada pelbagai warna, bentuk dan ketajamannya

isyaAllah, pedang kita belum sampai peringkat membunuh, tapi awas, jangan cuba-cuba

namapun pedang, walau berkarat, kena sikit pasti terluka!

Anonymous said...

jangan jadi seperti pepatah arab menyatakan ``seperti membunuh di tengah malam yang gelap gelita.'''

dalam dalam gerak dan langkah;
kita cuba belajar seimbangkan antara ketegasan Ali dan kelicikan Muawiah.