Wednesday, September 03, 2008

"Maafkan saya" Kit Siang
03 Sep 2008 4:14PM
PEMIMPIN DAP, Lim Kit Siang petang ini menarik balik kenyataannya yang mendakwa akhbar arus perdana, khususnya Utusan Malaysia dan Berita Harian, tidak menyiarkan berita Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf atas kenyataan ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang didakwa berunsur perkauman.

Lim juga memohon maaf atas kesilapannya itu selepas dimaklumkan bahawa kedua-dua akhbar tersebut turut menyiarkan berita berkenaan.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Lim mempertikaikan keikhlasan permohonan maaf Najib kerana beliau mendakwa berita mengenainya tidak disiarkan oleh akhbar arus perdana Melayu yang dimilik dan dikuasai oleh Umno, terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Lim juga lagi, semakan di laman web umum Bernama menunjukkan berita permohonan maaf oleh Najib itu dilaporkan dalam versi bahasa Inggeris, tetapi tidak dalam versi Bahasa Malaysia.

Bagaimanapun, semakan Malaysiakini di Kuala Lumpur mendapati berita tersebut turut disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Laman web Utusan Online juga menyiarkan berita tersebut. Edisi langganan Bahasa Malaysia Bernama turut memuatkan berita permohonan maaf Najib walaupun tidak menerbitkan di laman web umumnya.

Ketika dihubungi untuk memaklumkan perkara itu, Lim berkata, beliau membaca akhbar-akhbar tersebut di Pulau Pinang dan mendapati berita tersebut tidak disiarkan.

Bagaimanapun semakan Malaysiakini mendapat kedua-dua akhbar berkenaan, yang dijual di negeri itu, memuatkan berita tersebut.

Lim kemudiannya menghubungi Malaysiakini petang ini untuk menarik kenyataanya mengenai perkara itu dan memohon maaf di atas kesilapannya itu. / Malaysiakini


Sahafiye dengan Kit Siang ni tak la berapa berminat sangat ekoran sikap tegarnya dalam menentang penubuhan negara Islam. Tapi hari ini apabila lihat Kit Siang meminta maaf kerana kesilapannya, saya rasa tertarik dengan sikap beliau.

Memang dalam Utusan Malaysia hari ini berita Datuk Najib meminta maaf bagi pihak UMNO ekoran ucapan berbau perkauman yang dilontar oleh seorang pemimpin UMNO bahagian semasa kempen di Permatang Pauh baru-baru ini disiarkan pada muka dua. Meskipun berita itu kecil yang mungkin Kit Siang tak perasan tapi ia diletakkan pada muka dua. Biasanya muka dua beerti story tersebut penting. Ya tidak sama kalau diletakan di paga belakang-belakang.

Tapi paling menariknya, nampaknya Kit Siang pun baca utusan, Terima kasih YB...dah tak boikot heee

4 comments:

Anonymous said...

u jangan la ingat kit siang ni bagus sangat.

kalau tertarik dengan sikap kit siang minta maaf.. bagaimana pula permohonan maaf najib dan hishamuddin dulu? tertarik atau tidak?

Anonymous said...

Buat semua rakyat Malaysia,
Mulai hari ini sehingga menjelang 16 September, sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-45 marilah beramai-ramai kibarkan bendera Malaysia.

Jika sepanjang sambutan 51 tahun Malaya Merdeka yang lalu anda terlupa mengibarkan bendera, apa salahnya kita mulakan sekarang gerakan kempen kibarkan bendera menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia ke-45 ini.

Terima kasih

Anonymous said...

"Sahafiye dengan Kit Siang ni tak la berapa berminat sangat ekoran sikap tegarnya dalam menentang penubuhan negara Islam."


saudara,
im also against penubuhan negara islam... the malay, chinese n indian went to seek independence for malaya from the british together.. its not fair to make the non malays to live in a theocratic country based on islamic law... i mean the 3 races went to seek independence together but how come the 2 races have to live in a country under the law of a particular race.... does that make sense to u??

mind you, with penubuhan negara islam = no alcohol, no genting highland, no nightlife; there will be a great impact on the economic of malaysia... Fyi, our economic rely heavily on tourism sector to survive...


why dont we just adhere to the Constitution we have today and fight for a cleaner n transparent government.. thats all... n not fighting for a theocratic country...

Anonymous said...

emm terima kasih kerana memberi ulasan. Sahafiye tak berniat nak debat soal negara Islam tapi cuma memberikan ulasan kerana sikap jujur Kit Siang yang mampu berkata maaf kepada akhbar Sahafiye yang diboikot DAP itu.

Sahafiye mungkin tidak setuju dengan Kit Siang soal negara Islam. Sahafiye tidak kisah kerana masing-masing ada hujah.

Sahafiye juga ada hujah mengapa negara ini adalah negara Islam. Status itu tidak pernah terlucut sejak dari dahulu walaupun pernah tanah melayu pernah dijajah dan sehinggalah negara ini mengiktiraf kemasukan bangsa-bangsa sebagai warganegara.
Maka jadilah kita negara bangsa Malaysia, tetapi wajah negara ini yang tunjangnya Islam tidak terlucut.
Sebab itu ia tidak sekali-kali sekular meskipun kalau tidak sepenuhnya Islam terlaksana.
Dan sebuah negara yang tunjangnya Islam mesti memberika keadilan dan kebebasan kepada masyarakat di dalamnya (tidak kira apa juga agama dan keturunan) utk mengamalkan apa saja ajaran dan kepercayaan mereka.
Kalau negara ini zalim kepada rakyatnya itu bukan la ia negara Islam.

Dan apa perlunya kalau kita sekular macam turki kalau orang Islam nak pakai tudung pun tak boleh dan sehingga sampai mahkamah nak pecat kerajaaan yang menang secara demokratik. dan macam indonesia satu ketika dulu tidak benarkan orang Cina merayakan perayaan mereka sehinggalah dibenarkan zaman Gus Dur.

Bagi sahafiye negara Islam adalah satu istilah teori politik Islam dalam menghadapi penjajahan Barat dan akibat keruntuhan khilafah Uthmaniah yang ratusan tahunnya melindungi pelbagai bangsa, agama dan keturunan. Tetapi akibat keruntuhannya, khilafah tidak mampu memberikan pertolongan kepada wilayah-wilayah Islam daripada dilanggar oleh penjajah.

Tetapi teori itu boleh berubah dan penampilannya harus berubah. Yang pentingnya adalah pengisiannya.
Matlamat utama adalah Islamkan manusianya, lantaran itu lahir masyarakatnya, lantas lahirlah sistem-sistemnya, dan akhirnya berdirilah sistem bernegaranya.
Dari segi akidahnya (teologi, akhlak dan syariahnya.
Bagi yang tidak terima akidahnya, maka terimalah akhlaknya dan syariah (jalan dan sistemnya).
Malah jangan hairan, ada orang bukan Islam yang lebih baik akhlaknya dan lebih gemar pula kepada sistem-sistemnya. contoh, betapa lebih ramai orang bukan Islam menyertai sistem perbankan Islam dan menceburi bidang perusahaan makanan halal.
Dan mungkinkah juga suatu hari nanti mahkamah syariah kita sampai ke tahap mampu memberikan keadilan kepada semua.
Cuma terpulang kepada kita bagaimana merealisasikanya, ibarat air di hulu, mengalir lembut,menghadapi liku-liku batu bata yang menghalang sehingga ia berjaya sampai ke muara kejayaan.

salam.. khidmat untuk imam zaman yang ditunggu, selawat ke atas mu.