Monday, July 14, 2008

Wartawan mengancam keselamatan?

Belum pernah pengalaman sahafiye menjalankan liputan di Parlimen, rakan-rakan wartawan dihalang masuk ke bangunan yang mulia itu. Sila ruju laporan http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=345924
Tapi inilah yang berlaku hari ini - 14 Julai 2008 dengan ibu kota bertukar wajah macam zone perang kata Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, ketua barisan pembangkang yang gagal dalam usaha mereka melihat usul tidak percaya kepada PM diluluskan oleh Speaker Dewan Rakyat.

Polis yang paranoid ke? Walau apa pun dunia lihat Malaysia macam dah tak aman. Tahniahlah! Ramai yang naik angin kerana terpaksa masuk KL atau tersalah masuk KL hari ini.
Syed Hamid, Menteri Dalam Negeri terpaksa minta maaf.

Baru minggu lalu sahafiye dengar betul PM ingatkan agar jangan buat persepsi dan fitnah kerana ia perbuatan khianat kepada negara. Tapi ada pihak yang sengaja buat-buat khabar angin sendiri- kata ada demontrasi di ibu kota. Sendiri buat buat khabar sendiri susah. Dan rakyat juga susah.

Sunday, July 13, 2008

Mari mengutip berita di tepi jalan

``Utusan Malaysia boleh mengutip berita di tepi jalan,'' Demikian kata-kata seorang petugas PKR dipetik dari sebuah laporan ketika rakan sahafiye dihalang daripada membuat liputan ke atas Anwar Ibrahim tempoh hari.

Atas nama kebebasan media, parti yang selama ini perjuangkan kebebasan media bagaikan sudah dirasuk apabila terang-terang mengajak massa memboikot akhbar tempat Sahafiye berkhidmat. Sahafiye tak terasa sangat kalau ada orang ajak boikot akhbar suara keramat ini, tapi kalau dah sampai kata boleh kutip berita di tepi jalan, ini namanya menghina kerja-kerja golongan wartawan.

Memanglah kerja wartawan tidak semestinya duduk dalam bilik berhawa dingin, berkerusi empuk, tapi kadang-kala muktamar sahafiye ini (sidang akhbar) diadakan di tepi-tepi jalan. Nak kata pejuang jalanan macam puak-puak reformasi itu, kerja kami juga penuh cabaran.

Ada rakan sahafiye, kena pukul masa membuat liputan dekat lebuh raya Bukit Mahkota Cheras. Dan sahafiye juga masa ingat ketika mula-mula berkhidmat, 10 tahun yang lalu. Tugas budak-budak baru mesti buat tinjauan, masa tu tengah jerebu.

Melalui tinjauan jalanan itulah kami sahafiye menyebarkan keluhan dan keperitan rakyat yang terseksa akibat jerebu. Ketika orang lain mungkin duduk dalam mobil mewah dan kantor berhawa dingin, kami sahafiye `mengutip berita' di tepi jalan yang penuh jerebu.

Dan jangan lupa juga `story-story longkang' atau jalan-jalan berlopak yang dikarang oleh sahafiye-sahafiye. Jarang YB-YB nak turun padang kalau sekadar longkang tersumbat atau kadang-kala lambat sangat PBT nak bertindak bersihkan longkang tersumbat.

Tapi bila sahafiye buat story longkang atau jalan berlopak, tengok esok sudah pasti orang majlis akan segera bertindak.

Dan kepada YB-YB rajin-rajin lah turun ke longkang-longkang atau jalan-jalan, biar sahafiye ini kutip cerita-cerita YB dari tepi jalan, semoga rakyat makin sayang kat YB. Rakyat tak sayang kalau YB asyik bersyarah berdegar-degar tapi liat turun ke padang dan asyik duduk dalam bilik hawa dingin dan atas kerusi empuk.

Oleh itu marilah kita mengutip berita di tepi jalan daripada nyanyi dan terus menjilat....