Tuesday, July 28, 2009

Kebebasan akhbar itu hanya hak bagi orang-orang itu, bukan hak kita

Demikian dilaporkan oleh Malaysiakini.com.:

Aktivis popular Datuk Marina Mahathir mengecam keras akhbar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli.Menyifatkan akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai "makhluk yang hina", aktivis wanita itu berang dengan media berkenaan yang melaporkan pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya sewaktu dikenali dengan nama asalnya.

"Malangnya terdapat makhluk hina yang dipanggil Kosmo! yang mengaibkan nama baiknya (Yasmin). "Remuk perasaan keluarganya," kata Marina."Yasmin belum lama disemadikan dan Kosmo! telah mula menerbitkan bermacam-macam sampah mengenainya."Bukannya menghormati seseorang yang percaya pada apa yang boleh dicapai oleh Malaysia dan rakyatnya, Kosmo! sebaliknya memilih mencemarkan reputasinya. "Apakah tidak ada rasa hormat di kalangan editor dan pemberita di sana?"

Sekonyong-konyong menggelepar segelintir pihak apabila akhbar Kosmo mendedahkan tentang pengarah filem yang baru dijemput Ilahi baru-baru ini. Bezanya antara Zulkifli Ahmad dan Yasmin Ahmad, hakikatnya ia adalah insan yang satu.

Tetapi manusia yang selama ini perjuangkan kebebasan menjerit sakan melabelkan Kosmo satu mahkluk yang hina. Memang tak sayang mulut kau wahai Marina Tun Mahathir.

Soalnya apakah mencerita tentang bahawa menjadi seorang lelaki itu suatu yang hina, atau lelaki yang bertukar menjadi suatu yang lain itu hina. Tidak kira siapakah mereka, hakikatnya mereka adalah makhluk Tuhan. Cuma bagaimana manusia dan khalayak yang bermuamalah dengan mereka.

Di sana ada keadilan Tuhan (adalah al-rabb), tetapi juga di sana jahalati nass (kejahilan manusia) apabila sanggup menghina manusia lain sebagai makhluk yang hina.

Apapun diucapkan tahniah kerana warga Kosmo anda melaporkan secara profesional dan in good faith, cuma intepretasi orang lain yang menjadikan artikel anda itu satu yang hina.

Sekurang-kurangnya anda tidak melaporkan suatu yang hina seperti laporan palsu restoran berahi.

Cuma aku pelik apabila ada wartawan (yang sebenarnya bekas wartawan pun) pula nak buat bantahan kepada wartawan. Macam mana tu.

Di sini petikan dari Malaysiakini.com

``Sekumpulan wartawan akan mengirim surat bantahan kepada kumpulan Utusan Melayu Berhad susulan penerbitan berita Kosmo! yang mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad.
Kumpulan wartawan itu yang diketuai Rose Ismail, bekas editor kanan New Straits Times, merancang mengirim surat itu kepada kumpulan akhbar berpengaruh itu yang menerbit Kosmo! jam 5 petang ini. Isnin lalu, tabloid harian itu melaporkan pengarah filem itu dilahirkan sebagai Zulkifli Ahmad, seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya.''

Khulasah: Kebebasan akhbar itu hanya hak orang seperti mereka tapi tidak bagi kita yang apabila kebebasan yang kita amalkan itu seolah-olah memberikan jelek kepada mereka, atau mereka sendiri yang merasakan jelek sedangkan orang lain tidak pun.