Monday, July 14, 2008

Wartawan mengancam keselamatan?

Belum pernah pengalaman sahafiye menjalankan liputan di Parlimen, rakan-rakan wartawan dihalang masuk ke bangunan yang mulia itu. Sila ruju laporan http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=345924
Tapi inilah yang berlaku hari ini - 14 Julai 2008 dengan ibu kota bertukar wajah macam zone perang kata Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, ketua barisan pembangkang yang gagal dalam usaha mereka melihat usul tidak percaya kepada PM diluluskan oleh Speaker Dewan Rakyat.

Polis yang paranoid ke? Walau apa pun dunia lihat Malaysia macam dah tak aman. Tahniahlah! Ramai yang naik angin kerana terpaksa masuk KL atau tersalah masuk KL hari ini.
Syed Hamid, Menteri Dalam Negeri terpaksa minta maaf.

Baru minggu lalu sahafiye dengar betul PM ingatkan agar jangan buat persepsi dan fitnah kerana ia perbuatan khianat kepada negara. Tapi ada pihak yang sengaja buat-buat khabar angin sendiri- kata ada demontrasi di ibu kota. Sendiri buat buat khabar sendiri susah. Dan rakyat juga susah.

1 comment:

Diamilikku said...

ye ker...wartawan mengacau ke??
hurmmm....bukan skrg nih sume org boleh kacau keselamatan ke..
** skrg dah rasa malas nak baca paper...terlalu banyak berita politik....org2 kampung mcm su ni tak minat nak baca cerita politik banyak2 sangat..rasa mual je...kalau sikit2 tu takpelah...tul tak??? kalau salah...maaflah yer