Sejak berminggu-minggu sebenarnya Putrajaya ni takat suhunya sentiasa panas- bermula dengan kenyataan Ahmad yang menyebabkan Perdana Menteri rasa tidak gembira, disusuli kenyataan Muhyiddin Yassin yang dikatakan membuka satu fasa lagi rentak pemilihan UMNO. Ia membuatkan PM rasa terkejut.
Tidak lama sebelum itu, Jakim dan tiga lagi agensi Islam membuat laporan polis ke atas Raja Petra. Akhirnya kejutan seluruh negara apabila seorang wartawan Sin Chew ditahan di bawah ISA bersama Raja dan Teresa Kok.
Hari ini pula, tekak makin perit, macam ada gula-gula getah melekat kat tekak, bergegas ke pejabat Zaid Ibrahim, kecoh dia letak jawatan. Berhempas pulas lak kak Salmah, pegawai di pejabat Zaid kata tidak ada sidang akbar.
Berkejar pula ke rumah PM, dari satu pintu ke pintu...3.50 petang akhir mobil Zaid meluncur masuk ke rumah PM. Tunggu punya tunggu dia lepas keluar ikut pintu lain. Khabar menyatakan dia letak jawatan, SMS alert dah tersebar luas.
Malam ini pula Anwar kata seorang rakan di lokasi, macam yakin pula kerajaan akan berubah. Nampak gaya takat suhu kepanasan di anjung kuasa di Putrajaya ni semakin meningkat.
Aku pula tak sempat nak berkempen untuk pemilihan Presiden NUJM.
No comments:
Post a Comment